CIVIL PROCEDURE: Amendment - Patents - Application to amend patent - Power of court to order amendment under O. 20 r. 8 Rules of the High Court 1980 - Whether restricted and confined only to court documents and pleadings - Whether Registrar of Patents will make amendment to a patent if there are, pending before any court, proceedings in which validity of patent may be put in use - Patents Act 1983, s. 79A(3) - Whether amendment would deprive plaintiff of opportunity to seek redress for invalidation of patent - Whether amendment would injure or prejudicially affect vested right of plaintiff

PATENTS: Amendment - Application to amend patent - Power of court to order amendment under O. 20 r. 8 Rules of the High Court 1980 - Whether restricted and confined only to court documents and pleadings - Whether Registrar of Patents will make amendment to a patent if there are, pending before any court, proceedings in which validity of patent may be put in use - Patents Act 1983, s. 79A(3) - Whether amendment would deprive plaintiff of opportunity to seek redress for invalidation of patent - Whether amendment would injure or prejudicially affect vested right of plaintiff


PFIZER IRELAND PHARMACEUTICALS v. RANBAXY (MALAYSIA) SDN BHD
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
ABDUL MALIK ISHAK JCA, MOHAMED APANDI ALI JCA, BALIA YUSOF WAHI JCA
[CIVIL APPEAL NO: W-02(IM)-2580-10/2011]
11 JANUARY 2013

The plaintiff was a company related to Ranbaxy Laboratories Limited. The defendant and Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd were related companies of Pfizer Inc, the latter known as the world's largest research based pharmaceutical company. Viagra, a prescription drug to treat erectile dysfunction, was an anti-impotence oral medication discovered, developed and marketed by the defendant. The defendant had invested time and money doing research which led to the discovery of sildenafil, an active ingredient of Viagra. Viagra is protected by several patents, one of them being the Malaysian Patent no: MY-111446-A entitled "Pyrazolopyrimidinones for the treatment of impotence'' ("446 patent'') which was currently registered in the name of the defendant. The plaintiff had also launched a generic drug called Caverta which contained sildenafil citrate which had the same compound used in Viagra. To achieve its purpose to manufacture and distribute Caverta in Malaysia, the plaintiff commenced legal proceedings against the defendant under ss. 56 and 57 of the Patents Act 1983 and sought to declare the 446 Patent as null and void in Malaysia. In its defence and counterclaim, the defendant relied upon, inter alia, the defendant's corresponding US Patent US6,469,012, entitled "Pyrazolopyrimidinones for the treatment of impotence" (`US Patent US6,469,012'). In a separate suit between Pfizer Inc Group of Companies ("Pfizer") and Teva Pharmaceuticals USA Inc ("Teva") for imminent infringement of Pzifer's US Patent US6,469,012, the US District Court, Eastern District Court of Virginia, handed down its decision and affirmed the validity of the US Patent US6,469,012 and entered judgment for Pfizer on patent infringement. As a result of the said decision of the US District Court, the defendant intended to amend the 446 Patent to conform to the US Patent US6,469,012. The defendant filed a summons in chambers in the High Court in encl.11 pursuant to O. 20 r. 8 of the Rules of the High Court 1980 ("RHC") and s. 56 of the Patents Act 1983 and/or the inherent powers of the High Court and sought for the 446 Patent to be amended. The High Court dismissed the amendment application in encl. 11. Hence, this appeal.

Held (dismissing defendant's appeal)

Per Abdul Malik Ishak JCA delivering the judgment of the court:

(1) The powers of the court to order amendment under O. 20 r. 8 of the RHC are restricted and confined only to court documents and pleadings. Thus, it was not open to the court to allow an amendment to a non-court document like the 446 Patent. The 446 Patent was not a court document or a pleading and accordingly, the High Court had absolutely no power pursuant to O. 20 r. 8 of the RHC to order any amendment to the 446 Patent which had been duly examined and granted by the Malaysian Intellectual Property Office. (para 31)

(2) The court was not the forum to amend the 446 Patent bearing in mind that a patent is a creature of a specific statute, namely the Patents Act 1983, and all matters pertaining to the procedure of amending a granted patent is governed by the Patents Act 1983. Further, by virtue of s. 79A(3) of the Patents Act 1983, the Registrar of Patents shall not make any amendment to a patent if there are, pending before any court, proceedings in which the validity of the patent may be put in use. (para 26)

(3) Such an amendment would be allowed if "it will not injure or prejudicially affect" the vested right of the plaintiff here. The defendant's application to amend the 446 Patent would certainly prejudice the plaintiff's case when the case comes up for hearing before the High Court. It would certainly deprive the plaintiff of an opportunity to seek redress for invalidation of the 446 Patent under s. 56 of the Patents Act 1983 on the grounds of lack of novelty, lack of incentive steps and insufficiency. The proposed amendment of the 446 Patent was certainly prejudicial to the plaintiff. It had the effect of changing the entire character of the invalidation suit which was still pending before the High Court. This was the injustice which the plaintiff would incur and suffer and which could not be compensated by costs because the plaintiff's statement of claim and the particulars of objection would have to be altered dramatically as a consequence. (paras 27, 31, 49 & 50)

(4) The High Court in disallowing the amendment application in encl. 11 had applied correctly the law to the facts and had given cogent reasons for disallowing the application. The High Court had correctly appreciated the facts and held that the defendant's right or interest would not be prejudiced because the defendant would still have the right to refute the plaintiff's claims at the trial proper. Thus, the decision of the High Court was affirmed. (para 46)

Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes

Plaintif adalah syarikat yang berkaitan dengan Ranbaxy Laboratories Limited, sebuah syarikat farmaseutikal. Defendan dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat berkaitan dengan Pfizer Inc, yang dikenali sebagai syarikat berasaskan penyelidikan farmaseutikal terbesar di dunia. Viagra, dadah preskripsi untuk merawati penyakit mati pucuk, adalah ubat oral mencegah mati pucuk yang ditemui, dibangunkan dan dipasarkan oleh defendan. Defendan telah melabur masa dan wang melakukan penyelidikan yang membawa kepada penemuan sildenafil, satu bahan aktif Viagra. Viagra dilindungi oleh beberapa paten, salah satunya adalah Paten Malaysia no; MY-111446-A bertajuk "Pyrazolopyrimidinones bagi rawatan mati pucuk" ("Paten 446") yang telah didaftarkan di dalam nama defendan. Plaintif juga telah memperkenalkan satu dadah generik yang dipanggil Caverta yang mengandungi sildenafil citrate yang mempunyai kompaun yang sama seperti Viagra. Untuk mencapai tujuan mengeluarkan dan mengedarkan Caverta di Malaysia, plaintif memulakan prosiding undang-undang terhadap defendan di bawah ss. 56 dan 57 Akta Paten 1983 dan berusaha untuk mengisytiharkan Paten 446 sebagai tidak sah dan terbatal di Malaysia. Dalam pembelaan dan tuntutan balas, defendan merujuk kepada, antara lain, Paten US defendan US6,469,012, bertajuk "Pyrazolopyrimidinones bagi rawatan mati pucuk" ("Paten US US6,469,012"). Di dalam satu guaman yang lain di antara Pfizer Inc Group of Companies ("Pfizer") dan Teva Pharmaceuticals USA Inc ("Teva") bagi pelanggaran Paten US US6,469,012. Mahkamah Daerah US, Mahkamah Daerah Timur Virginia, telah memberi keputusannya dan telah mengesahkan kesahihan Paten US US6,469,012 dan telah memasukkan penghakiman bagi Pfizer atas pelanggaran paten. Hasil daripada keputusan Mahkamah Daerah US tersebut, defendan bertujuan untuk meminda Paten 446 untuk mematuhi Paten US US6,469,012. Defendan memfailkan saman dalam kamar di dalam Mahkamah Tinggi di lampiran 11 di bawah A. 20 k. 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (`KMT') dan s. 56 Akta Paten 1983 dan/atau kuasa sedia ada Mahkamah Tinggi dan memohon pindaan Paten 446. Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan pindaan di dalam lampiran 11. Oleh itu, rayuan ini.

Diputuskan (menolak rayuan defendan)

Oleh Abdul Malik Ishak HMR menyampaikan penghakiman mahkamah:

(1) Kuasa mahkamah untuk membuat perintah pindaan di bawah A. 20 k. 8 KMT hanya terhad kepada dokumen-dokumen mahkamah dan pliding-pliding. Oleh itu, ia tidak terbuka kepada mahkamah untuk membenarkan pindaan kepada bukan dokumen mahkamah seperti Paten 446. Paten 446 bukan dokumen mahkamah atau pliding, oleh itu Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa di bawah A. 20 k. 8 KMT untuk membuat apa-apa perintah pindaan ke atas Paten 446 yang telah diperiksa dan diberi oleh Pejabat Harta Intelektual Malaysia.

(2) Mahkamah bukan forum untuk meminda Paten 446, mengambil kira paten adalah penciptaan statut khusus, iaitu Akta Paten 1983, dan semua perkara yang berkaitan dengan prosedur pindaan paten yang telah diberikan adalah ditakluk oleh Akta Paten 1983. Seterusnya, menurut s. 79A(3) Akta Paten 1983, Pendaftar Paten tidak akan membuat pindaan kepada paten jika, terdapat di hadapan mana-mana mahkamah, prosiding-prosiding di mana kesahihan paten mungkin digunakan.

(3) Apa-apa pindaan boleh dibenarkan jika "ia tidak menjejaskan atau memprejudiskan" kepentingan terletakhak plaintif di sini. Permohonan defendan untuk meminda Paten 446 pasti akan memprejudiskan kes plaintif apabila kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Ia pasti akan menafikan plaintif peluang pembelaan bagi pembatalan Paten 446 di bawah s. 56 Akta Paten 1983 atas alasan-alasan kekurangan kebaharuan, kekurangan langkah-langkah insentif dan apa-apa kekurangan lain. Pindaan yang dicadangkan pada Paten 446 pastinya memprejudiskan plaintif. Ia mempunyai kesan mengubah sifat guaman kesahihan yang masih belum selesai di hadapan Mahkamah Tinggi. Ini adalah ketidakadilan yang akan dialami plaintif yang tidak mungkin boleh diberi ganti rugi dengan kos sebab akibatnya penyata tuntutan dan butir-butir bantahan perlu diubah secara mendadak.

(4) Mahkamah Tinggi apabila tidak membenarkan pindaan pada lampiran 11 telah menggunapakai dengan betul undang-undang kepada fakta-fakta dan telah memberi sebab-sebab yang meyakinkan untuk tidak membenarkan permohonan itu. Mahkamah Tinggi telah dengan betul menilai fakta-fakta dan memutuskan bahawa hak atau kepentingan defendan tidak akan diprejudiskan sebab defendan masih mempunyai hak untuk menyangkal tuntutan plaintif semasa perbicaraan betul. Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi disahkan.

Case(s) referred to:

Abdul Johari Abdul Rahman v. Lim How Chong & Ors [1997] 1 CLJ 361 CA (refd)

Bagusia Sdn Bhd v. Malaysia Assurance Alliance Bhd [2005] 1 LNS 38 HC (dist)

Cold Storage Holdings Plc and Others v. Overseas Assurance Corp Ltd and Another [1988] 1 SLR(R) 255 (dist)

Collett v. Morrison [1851] 68 ER 458 (dist)

Cotton Corporation of India Ltd v. United Industrial Bank Ltd AIR [1983] SC 1272 (refd)

Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2010] 7 CLJ 397 FC (refd)

Dato' Tan Heng Chew v. Tan Kim Hor & Ors [2008] 7 CLJ 776 HC (refd)

Government of Malaysia v. Jasanusa Sdn Bhd [1995] 2 CLJ 701 SC (refd)

Hodgkinson v. Wyatt [1864] 50 ER 462 (dist)

M-Fold Development Sdn Bhd v. Altrue Sdn Bhd [2002] 2 CLJ 44 HC (refd)

Mabuchi Motor KK's Patents [1996] RPC 387 (refd)

Oh Hiam & Ors v. Tham Kong [1980] 1 LNS 53 PC (dist)

Re CHS [2001] 8 CLJ 653 (refd)

Shell Singapore (Pte) Ltd v. Chuan Hong Auto (Pte) Ltd [1987] SLR(R) 557 (dist)

Smithson and Others v. Hamilton [2008] 1 WLR 1453 (dist)

The Attorney General of HongKong v. Zauyah Wan Chik & 3 Ors & Another Appeal [1995] 3 CLJ 35 CA (refd)

Wright v. Goff [1856] 52 ER 1087 (dist)

Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1983] 1 CLJ 191; [1983] CLJ (Rep) 428 FC (refd)

Legislation referred to:

Patents Act 1983, ss. 11, 12(1), 23, 26A, 29(2), 33C, 56(2), 57, 79A(3)

Patents Regulations 1986, r. 12

Rules of the High Court 1980, O. 20 r. 8

Other source(s) referred to:

Lesley Brown, "The New Shorter Oxford English Dictionary On Historical Principles", vol 2, p. 2121

P Narayanan, "Patent Law", 4th edn, p. 1

Counsel:

For the plaintiff - Joshua Kevin Sathiaseelan (Azura Adnan & Tan Eng Guat with him); M/s Miranda & Samuel

For the defendant - Jack Yow Pit Pin (Pauline Khor Hong Ping with him); M/s Rahmat Lim & Partners

[Appeal from High Court Malaya, Kuala Lumpur; No: D-22(IP)-21-2010]

Reported by Suhainah Wahiduddin




UNDANG-UNDANG JENAYAH: Kanun Keseksaan - Seksyen 376 - Rogol - Merogol seorang perempuan yang terencat akal - Sama ada berlaku kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa - Sama ada unsur ketiadaan kerelaan terbukti - Sama ada pendakwaan membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan munasabah - Sama ada hukuman 15 tahun penjara wajar dan setimpal - Kanun Keseksaan, s. 375(e) - Akta Keterangan 1950, s. 90(b)


PP lwn. MOKHTAR HASSAN [2013] 1 SMC 101
MAHKAMAH SESYEN, KOTA BHARU
ROFIAH MOHAMAD HS
[KES JENAYAH NO: 62-114-2009]
24 JULAI 2012

Tertuduh ('OKT') telah dihadapkan dengan satu pertuduhan merogol seorang perempuan yang berumur 18 tahun 11 bulan, iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 376 Kanun Keseksaan. Mangsa (SP2), seorang OKU (orang kurang upaya) telah memberikan keterangan tidak bersumpah dan dapat mengecam OKT sebagai orang yang telah merogolnya. SP2 dapat menceritakan dengan jelas walaupun melalui pertuturan yang telor dan tidak lancar akan perihal kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluannya. Laporan perubatan yang dibuat oleh satu doktor ('SP12') yang mengesahkan pemeriksaan ke atas SP2 menunjukkan terdapat koyakan lama pada "hymen" SP2 serta bahawa SP2 pada masa itu mengandung 12 minggu. SP12 juga mengesahkan bahawa SP2 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan laporan DNA yang dikemukakan oleh ahli kimia ('SP14') mengesahkan hasil ujian "paternity" menunjukkan bahawa OKT adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie seperti maksud s. 173(f) Kanun Tatacara Jenayah akan pertuduhan yang dihadapkan terhadap OKT tersebut. Di dalam pembelaannya, OKT telah memberi keterangan bersumpah bahawa adegan seks telah dimulai dan didominasi oleh SP2 sendiri. Menurut OKT, perhubungan seks yang berlaku adalah tanpa paksaan malahan dengan penuh kerelaan SP2 dan justeru itu, OKT tidak melakukan rogol terhadap SP2 kerana pada waktu itu SP2 sudahpun melangkaui usia 16 tahun. OKT dan isterinya ('DW2') juga menyatakan bahawa mereka tiada pengetahuan bahawa SP2 adalah seorang OKU yang terencat akal. Isu-isu yang timbul untuk pertimbangan, antara lain, adalah: (i) sama ada kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa (hubungan seks) tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa; dan (ii) sama ada pembelaan OKT dapat diterima.

Diputuskan (mensabitkan OKT dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun):

(1) SP2 adalah saksi yang kredibel. Dengan keadaan kekurangan akal fikirannya, SP2 tidak mereka-reka kejadian yang menimpa dirinya. Bahkan, SP2 boleh menceritakan bentuk, saiz dan warna kemaluan OKT dan kesakitan yang beliau rasa apabila kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluannya. Keterangan SP2 juga disokong oleh beberapa keterangan lain seperti laporan-laporan perubatan. Kehamilan dan kelahiran bayi oleh SP2 adalah bukti hal keadaan yang sangat kuat bahawa hubungan seks telah berlaku. Ujian DNA yang telah dijalankan oleh SP14 dan telah menunjukkan bahawa OKT adalah "biological father" kepada bayi itu adalah mengikut amalan dan prosedur yang diterima pakai dan tidak tercemar dengan apa-apa jua gangguan. (perenggan 11-12 & 18)

(2) Adalah sangat jelas dari keterangan lisan SP2 bahawa beliau tidak merelakan bahkan telah dipaksa melakukan hubungan seks dengan OKT. Unsur ketiadaan kerelaan juga terbukti kerana jelas SP2 yang terencat akal tidak mampu memberikan kerelaan yang sah di sisi undang-undang. Kerelaan adalah satu proses pemikiran oleh akal yang waras dan bebas daripada sebarang paksaan atau salah tanggapan (PP v. Abdul Rahman Mohamad; dirujuk). Berdasarkan huraian s.375(e) Kanun Keseksaan dan juga peruntukan s. 90(b) Akta Keterangan 1950, SP2 tidak berkeupayaan memberikan kerelaan yang sah di sisi undang-undang. (perenggan 25, 26 & 29)

(3) Pembelaan OKT adalah semata-mata pemikiran semula OKT. Versi OKT bahawa SP2 yang telah memulakan adegan seks tersebut dengan memeluknya tanpa memakai coli dan posisi SP2 yang begitu gelojoh berada di atas badannya tidak pernah dicadangkan secara spesifik kepada SP2 semasa beliau memberi keterangan. Adalah tanggungjawab OKT untuk membentangkan pembelaannya di peringkat kes pendakwaan lagi, iaitu, ketika saksi-saksi material terutamanya SP2 sedang memberikan keterangan terhadapnya. Tiada satupun soalan dalam pemeriksaan balas terhadap SP2 yang mencadangkan versi pembelaan ini ataupun yang mencabar versi SP2. (perenggan 35)

(3a) Keterangan OKT dan DW2 bahawa walaupun mereka tinggal berjiran tetapi mereka tiada pengetahuan bahawa SP2 adalah OKU yang terencat akal tidak dapat diterima. Ini kerana dari perawakan, penampilan dan raut wajah SP2 adalah amat jelas dan ketara bahawa beliau adalah seorang yang tidak sempurna akal. Keterangan OKT dan juga DW2 tersebut adalah semata-mata penafian kosong (bare denial) bagi mengelakkan sabitan atas pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT. Pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan ke atas kes pendakwaan. Dengan itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan tersebut terhadap OKT melampaui sebarang keraguan yang munasabah. (perenggan 38)

(4) Perbuatan OKT ini telah menyebabkan SP2 mengandung dan seterusnya melahirkan seorang bayi yang tidak berdosa dengan kedudukan yang tidak sah taraf. Perbuatan OKT ini telah dan akan terus meninggalkan trauma dan kesan yang mendalam bukan hanya terhadap mangsa tetapi juga terhadap bayi darah dagingnya itu dan juga keluarga SP1 (kakak SP2) yang kini mengambil tanggungjawab untuk memelihara bayi berkenaan dek ketidakmampuan mental adiknya iaitu SP2. Hukuman 15 tahun penjara adalah amat wajar, setimpal dan mengikut prinsip dan lunas undang-undang. (perenggan 40, 43 & 44)

Kes-kes yang dirujuk:

Amran Ahmad lwn. PP [2006] 2 CLJ 897 HC (dirujuk)

Browne v. Dunn [1893] 6 R 67 (dirujuk)

Chia Kim Heng Frederick v. PP [1992] 1 SLR 361 (dirujuk)

Chua Beow Huat v. PP [1968] 1 LNS 24 HC (dirujuk)

PP v. Abdul Rahman Mohamad [2005] 1 CLJ 700 CA (dirujuk)

PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215 HC (dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:

Criminal Procedure Code, s. 173(f)

Evidence Act 1950, ss. 90(b), 118

Penal Code, ss. 375(b), (e), 376

Kaunsel:

Bagi pihak pendakwaan - Hamizah Ghazali; TPR

Bagi pihak tertuduh - Abdul Aziz Derashid (Faizal bersamanya); T/n Aziz Derashid, Rosdin & Co

Dilaporkan oleh Suhainah Wahiduddin