Yang
Amat Arif Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah
Hakim Besar Malaya
DSDK, SMP, SDK
Yang Amat Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah dilahirkan di Gurun, Kedah pada 1.9.1957. Yang Amat Arif Dato’ telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.
Yang Amat Arif Dato’ memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman dan perundangan dengan berkhidmat sebagai Majistret pada tahun yang 1982 di Mahkamah Butterworth Pulau Pinang. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ketua Unit Pendakwaan bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Penasihat Undang-Undang bagi Negeri Perlis.
Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2012.
Pada 26 November 2018, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Pada 3 Februari 2022, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Pada 7 November 2022, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara untuk menjalankan Kuasa-Kuasa dan Tugas-Tugas Hakim Besar Malaya. Seterusnya, pada 17 Januari 2023, Yang Amat Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.
Yang Amat Arif Dato’ telah dianugerahkan Pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dari kerajaan Negeri Kedah pada 2006 yang membawa gelaran Dato’. Pada 11 Disember 2018, beliau dianugerahkan Pingat Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dari kerajaan Negeri Selangor.
Alamat:
Pejabat Hakim Besar Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA
03-8880 3500