CRIMINAL LAW: Dangerous Drugs Act 1952 - Section 39B - Trafficking in 790.6g cocaine - Accused detained at airport after passing through Immigration checkpoint - X-ray examination of appellant's abdomen revealed presence of objects confirmed to contain dangerous drugs - Defence of - Appellant denied drugs was to be trafficked to Malaysia as he was 'in transit' to Phuket - Whether foreigner in possession of large quantity of drugs anywhere on Malaysian territory liable to be charged for drug trafficking - Whether s. 21(6) Dangerous Drugs Act 1952 applicable
ISIDRO LEONARDO QUITO CRUZ v. PP
FEDERAL COURT, PUTRAJAYA
ZULKEFLI MAKINUDIN CJ (MALAYA), RICHARD MALANJUM CJ (SABAH & SARAWAK), HASHIM YUSOFF FCJ, ABDULL HAMID EMBONG FCJ, SULONG MATJERAIE FCJ
[CRIMINAL APPEAL NO: 05-75-2011(B)]
9 JANUARY 2013
The appellant, a Peruvian, who was detained at the Kuala Lumpur International Airport ('KLIA') on arrival from Buenos Aires en route to Phuket, was found guilty by the High Court of trafficking in 790.6g cocaine. The facts showed that after arriving at KLIA, the appellant passed through the Immigration checkpoint where his passport was stamped granting him a 90-day social visit pass to stay in Malaysia. When he emerged from the Immigration counter, he was detained by a policeman who took him to the KLIA police station for a report to be made and then to the Serdang Hospital where an x-ray examination of the appellant's abdomen showed the presence of several oblong objects in his bowels. The appellant was admitted to the hospital and given medication to purge the objects out. Over the next five days, he passed out 141 pellets containing a total of 790.6g cocaine. On finding the appellant to have been in possession of the drugs, the trial judge invoked the presumption of trafficking under s. 37(da)(ix) of the Dangerous Drugs Act 1952 ('DDA') and called on the appellant to enter his defence. The appellant admitted that he had swallowed the drugs but denied that they were to be trafficked into Malaysia. He claimed that after he was given a boarding pass to Phuket at the transit section in KLIA, he went to the Immigration counter to enquire about a flight change when a policeman seized his passport and gave it to the Immigration officer. The trial judge rejected the appellant's defence as an afterthought and found that he had failed to rebut the presumption of trafficking and also to raise a reasonable doubt on the prosecution's case. The Court of Appeal upheld the High Court's finding of guilt and ruled that the drugs in the appellant's possession were not 'in transit' as was expounded in the case of PP v. Jorge Enrique Pellon Tellon ('Tellon's case') and that they did not come under Part V of the DDA which concerned the import and export of dangerous drugs for legitimate purposes. In his appeal to the Federal Court, the appellant's main argument was that he was in transit at the KLIA and he had not intended to enter Malaysia nor distribute the drugs within Malaysia. Hence, he should not have been charged with drug trafficking under s. 39B DDA but only for an offence of being in possession of drugs while in transit under s. 21(6) of the DDA, which fell under Part V of the DDA. It was the trial court's finding, affirmed by the Court of Appeal, that the appellant was arrested after he went through the Immigration checkpoint and that he had failed to challenge the prosecution's evidence that he had voluntarily entered Malaysia.
Held (dismissing appeal; affirming conviction and sentence)
Per Abdull Hamid Embong FCJ delivering the judgment of the court:
(1) The 'in transit' defence of the nature held in Tellon's case should no longer be accepted as a valid defence for a charge of trafficking under s. 39B of the DDA. If this defence were accepted, then incoming foreigner drug traffickers who stood before or at the Immigration checkpoints at KLIA would be immune from any criminal liability under s. 39B DDA, a situation surely not envisaged when Part V of the DDA was promulgated. (para 32)
(2) Part V of the DDA was specifically intended for the purpose of governing the importation and exportation of dangerous drugs for legitimate purposes as provided under the Single Convention on Narcotic Drugs 1961 and it had no application to the instant case. (paras 19 & 21)
(3) Drug trafficking may occur anywhere on the Malaysian soil where its criminal jurisdiction extends. It may be committed at the airport, either before or after an Immigration checkpoint, or on a ship or on board an aircraft lying within her territory. Malaysia could claim criminal jurisdiction on any offender who committed that offence in any of the said places, it being a crime within her territory. (para 29)
(4) The appellant in this case was clearly on Malaysian soil. Even if he had not alighted from the aircraft parked at KLIA, he would still have been in Malaysia and subject to her criminal laws. (para 30)
(5) To accept the defence that the appellant could only be guilty of an offence under s. 21(6) of the DDA since he was only 'in transit' at KLIA was a ridiculous proposition. It would mean that a foreigner drug trafficker who stood beyond the Immigration checkpoint at an airport, prior to official entry being granted to him, would be immune from s. 39B of the DDA offence, but that the same crime would have been committed by a Malaysian found in that same location. The appellant here knew he had to enter Malaysia to take a connecting flight to Phuket. The offence was complete once he was on Malaysian soil. The 'in transit' plea was irrelevant and a red herring to answer the s. 39B DDA charge. (para 31)
(6) The Court of Appeal in Tellon's case reasoned that the presumption of trafficking could not arise as the drugs 'in transit' was not meant to be 'distributed and consumed' in Malaysia. The 'distribution and consumption' qualification in Tellon's case was unsuitably applied in the context of an offence of trafficking under s. 39B of the DDA. Trafficking did not necessarily involve the components of 'distribution or consumption'. An offence under s. 39B of the DDA was proven when the court was satisfied beyond reasonable doubt that the offender was in possession of dangerous drugs. With proof of care and custody being the pre-requisites, and once this minimal element was proved and the operation of the presumption under s. 37(da) of the DDA triggered, the offence of trafficking would be established. (paras 23 & 28)
(7) There was indisputable and direct evidence that the appellant was in possession of the drugs in question. He admitted to swallowing them. It was not the appellant's defence that the drugs were for his own consumption. The large amount of drugs involved raised a strong inference that it was not for his personal consumption. (paras 24 & 27)
Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes
Perayu, seorang rakyat Peru yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ('KLIA') sebaik tiba dari Buenos Aires dalam perjalanan ke Phuket, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana mengedar 790.6g kokain. Fakta menunjukkan bahawa sebaik tiba di KLIA, perayu telah melalui tempat pemeriksaan Imigresen di mana pasportnya distamp dengan pas lawatan sosial bagi membolehkannya berada di Malaysia selama 90 hari. Perayu bagaimanapun ditahan oleh seorang anggota polis ketika keluar dari kaunter Imigresen dan dibawa ke balai polis KLIA di mana satu laporan polis dibuat. Perayu kemudian dibawa ke Hospital Serdang di mana, ekoran dari pemeriksaan x-ray yang diadakan, beberapa objek berbentuk bujur didapati berada dalam perutnya. Perayu kemudian dimasukkan ke wad hospital dan diberikan ubat bagi mengeluarkan objek-objek berkenaan, dan untuk lima hari berikutnya, perayu telah mengeluarkan 141 pelet yang mengandungi 790.6g kokain. Semasa mendapati perayu mempunyai milikan dadah tersebut, yang arif hakim telah menggunapakai anggapan pengedaran di bawah s. 37(da)(ix) Akta Dadah Berbahaya 1952 ('ADB'), sekaligus memanggil perayu untuk membela dirinya. Perayu mengakui bahawa beliau telah menelan dadah, tetapi menafikan bahawa beliau hendak mengedarkan dadah tersebut di Malaysia. Menurut perayu, selepas beliau diberikan boarding pass ke Phuket di bahagian transit KLIA, beliau pergi ke kaunter Imigresen untuk bertanya mengenai pertukaran penerbangan, dan di situ seorang anggota polis telah merampas pasport beliau dan menyerahkannya kepada pegawai Imigresen. Hakim bicara menolak pembelaan perayu sebagai suatu rekaan kemudian dan mendapati perayu gagal menyangkal anggapan pengedaran atau membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah Rayuan mengesahkan sabitan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan memutuskan bahawa dadah yang berada dalam milikan perayu bukanlah berada 'di dalam transit' seperti yang diputuskan di dalam kes PP v. Jorge Enrique PellonTellon ('kes Tellon'), dan bahawa ia juga tidak dirangkumi oleh Bahagian V ADB yang berkaitan dengan pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya untuk tujuan-tujuan yang sah. Dalam rayuannya ke Mahkamah Persekutuan, hujah utama perayu adalah bahawa beliau berada dalam transit di KLIA dan tidak berniat untuk memasuki Malaysia atau mengedarkan dadah di Malaysia, dan oleh itu, beliau sepatutnya dituduh di bawah s. 21(6) ADB iaitu kerana memiliki dadah berbahaya semasa dalam transit, yang termasuk di bawah Bahagian V ADB, tidak dengan kesalahan di bawah s. 39B ADB. Adalah dapatan mahkamah bicara, yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan, bahawa perayu ditangkap selepas melepasi pemeriksaan Imigresen dan bahawa beliau gagal mencabar keterangan pendakwaan yang beliau telah memasuki Malaysia secara sukarela.
Diputuskan (menolak rayuan dan mengesahkan sabitan dan hukuman)
Oleh Abdull Hamid Embong HMP menyampaikan penghakiman mahkamah:
(1) Pembelaan 'di dalam transit' seperti yang diputuskan oleh kes Tellon tidak lagi harus diterima sebagai satu pembelaan sah bagi pertuduhan pengedaran di bawah s. 39B ADB. Jika pembelaan ini diterima, bermakna pengedar dadah orang asing yang berdiri di hadapan tempat pemeriksaan Imigresen di KLIA adalah kebal daripada sebarang liabiliti jenayah di bawah s. 39B ADB. Keadaan ini tentunya tidak dibayangkan semasa Bahagian V ADB digubal.
(2) Bahagian V ADB adalah ditujukan khusus kepada mengawalselia pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya untuk maksud-maksud yang sah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Single Convention on Narcotic Drugs 1961, dan tidak terpakai kepada kes semasa.
(3) Pengedaran dadah boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi Malaysia yang terangkum di bawah bidang kuasa jenayahnya. Ia boleh dilakukan di lapangan terbang, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan Imigresen, atau di atas kapal atau di dalam pesawat yang berada dalam wilayahnya. Malaysia boleh menuntut bidang kuasa jenayah terhadap mana-mana pesalah yang melakukan kesalahan di mana-mana tempat tersebut, kerana ia adalah jenayah yang dilakukan dalam wilayahnya.
(4) Perayu dalam kes ini jelas berada di bumi Malaysia. Biarpun beliau tidak mendarat dari pesawat yang diparkir di KLIA, beliau masih tetap berada di Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang jenayahnya.
(5) Adalah tidak masuk akal untuk menerima pembelaan bahawa perayu hanya boleh didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah s. 21(6) ADB kerana beliau berada 'di dalam transit' di KLIA. Menerima saranan ini bermakna bahawa seorang pengedar dadah orang asing yang berdiri di belakang tempat pemeriksaan Imigresen di lapangan terbang, sebelum kebenaran masuk rasmi diberi kepadanya, adalah kebal daripada kesalahan di bawah s. 39B ADB, sementara pengedar dadah rakyat Malaysia akan melakukan kesalahan tersebut jika berada di tempat yang sama. Perayu di sini mengetahui bahawa beliau perlu memasuki Malaysia sebelum mengambil penerbangan sambungan ke Phuket. Kesalahan menjadi sempurna sebaik beliau menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Maka pli 'di dalam transit' adalah tidak relevan dan hanya merupakan helah untuk mengelak dari s. 39B ADB.
(6) Mahkamah Rayuan dalam kes Tellon mentaakulkan bahawa anggapan pengedaran tidak boleh berbangkit kerana dadah yang 'di dalam transit' tidak dimaksudkan untuk 'diedar dan digunakan' di Malaysia. Syarat 'pengedaran dan penggunaan' dalam kes Tellon telah digunapakai secara tidak sesuai di dalam konteks suatu kesalahan pengedaran di bawah s. 39B ADB. Pengedaran tidak semestinya melibatkan unsur-unsur 'pengedaran atau penggunaan'. Suatu kesalahan di bawah s. 39B ADB dibuktikan apabila mahkamah berpuas hati di luar keraguan munasabah bahawa pesalah mempunyai milikan dadah berbahaya. Dengan bukti jagaan dan kawalan sebagai syarat duluan, dan sebaik sahaja elemen minima ini dibuktikan dan operasi anggapan di bawah s. 37(da) ADB terbingkas, maka suatu kesalahan pengedaran telah dibuktikan.
(7) Dalam kes ini, terdapat keterangan terus dan yang tidak boleh disangkal bahawa perayu mempunyai milikan dadah berkenaan. Beliau mengakui menelan dadah-dadah tersebut. Bukanlah menjadi pembelaan perayu bahawa dadah adalah untuk kegunaannya sendiri. Jumlah besar dadah yang terlibat membangkitkan inferens yang kuat bahawa ianya bukan untuk kegunaan beliau sendiri.
Case(s) referred to:
Antonio Dias Caldeira v. Frederick Augustus Gray [1934] 1 LNS 5 (refd)
Dato' Mokhtar Hashim & Anor v. PP [1983] 2 CLJ 10; [1983] CLJ (Rep) 101 FC (refd)
Koh Tiong Hock v. PP [2011] 2 CLJ 377 CA (foll)
Lee Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 345; [1992] 1 CLJ (Rep) 168 SC (refd)
Lim Geak Liang v. East West UMI Insurance Bhd [1997] 4 CLJ 405 FC (refd)
Low Kian Boon & Anor v. PP [2010] 5 CLJ 489 FC (refd)
Ng Kwok Chun & Anor v. PP [1993] 1 SLR 55 (refd)
Ong Lock Soon v. PP [2006] 8 CLJ 482 HC (foll)
PP v. Jorge Enrique Pellon Tellon [1998] 4 CLJ 278 CA (ovrd)
PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC (refd)
Legislation referred to:
Dangerous Drugs Act 1952, ss. 2, 21(6), 37(d), (da)(ix), 39B
Counsel:
For the appellant - Edmund Bon Tai Soon (Chan Yen Hui with him); M/s Chooi & Co
For the respondent - Mohamad Abazafree Mohd Abbas; DPP
Reported by Ashok Kumar
PROSEDUR JENAYAH: Hukuman - Mitigasi - Menerima suapan sebagai rasuah - Sama ada kepentingan OKT dipertimbangkan bersama kepentingan awam - Sama ada kedua-dua tuduhan berlaku dalam transaksi berasingan - Sama ada perintah hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan wajar berjalan berturutan
UNDANG-UNDANG JENAYAH: Rasuah - Menerima suapan sebagai rasuah - Wang suapan sebagai dorongan tidak melaporkan kebocoran "compact valve" - Sama ada dibuktikan OKT menerima wang suapan - Anggapan statutori - Sama ada berjaya dipatahkan - Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, s. 50(1)
PP lwn. JASMI MOHD JEMADI [2013] 2 SMC 269
MAHKAMAH SESYEN, KUALA TERENGGANU
AZMAN MUSTAPHA HS
[KES TANGKAP NO: KT62-40-2010]
2 MEI 2012
Diputuskan (mensabitkan dan menghukum OKT):
(1) Di atas fakta, OKT telah memperoleh wang berjumlah RM1,500 dan RM2,000 dan mengakui telah membelanjakan wang tersebut untuk membeli makanan dan minuman untuk kakitangan beliau. Di bawah s. 19(1)(c) Akta, OKT adalah bersalah terhadap tuduhan di bawah s. 17(a) Akta sebaik sahaja dibuktikan bahawa beliau telah secara rasuah memperoleh wang yang diberikan oleh SP3 untuk tidak melaporkan tentang kebocoran pada "compact valve" tersebut, walaupun pada hakikatnya beliau tidak melakukan apa yang diminta oleh SP3. (perenggan 16)
(2) Tujuan OKT memaklumkan tentang kebocoran "compact valve" kepada SP3 adalah bagi menakutkan SP3 sehingga mendorong SP3 untuk membayar wang kepada OKT sebagai balasan tidak melaporkan tentang kebocoran tersebut kepada pihak pengurusan PDB. Keterangan SP3 ini gagal dipatahkan oleh pihak pembelaan. Pihak pembelaan dengan itu gagal mematahkan anggapan di bawah s. 50(1) Akta dengan membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa wang yang OKT peroleh itu bukanlah wang rasuah. Pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kedua-dua tuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. (perenggan 17 & 18)
(3) Dalam rayuan mitigasinya, OKT membangkitkan tentang kesusahan yang dialaminya akibat daripada kejadian dalam kes ini, termasuk diberhentikan kerja oleh PDB. Mengambilkira kepentingan OKT dan kepentingan awam, OKT wajar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM15,000 iaitu sepuluh kali ganda jumlah suapan bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun dan denda RM20,000 iaitu sepuluh kali ganda nilai suapan bagi pertuduhan kedua. Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan secara berturutan kerana kedua-dua tuduhan telah berlaku dalam dua transaksi yang berasingan. (perenggan 19)
Kes-kes yang dirujuk:
Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 FC (dirujuk)
PP v. Datuk Haji Harun Haji Idris [1976] 1 LNS 97 HC (dirujuk)
PP v. Yap Huat Heng [1986] 1 CLJ 81; [1986] CLJ (Rep) 645 (dirujuk)
Thavanathan Balasubramaniam v. PP [1997] 3 CLJ 150 FC (dirujuk)
Perundangan yang dirujuk:
Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, ss. 3, 17(a), 19(1)(c), 24(1), 50(1)
Kaunsel:
Bagi pihak pendakwaan - Ahmad Sazilee Abdul Khairi; TPR
Bagi pihak tertuduh - Mohd Zaharudeen Harun (Khairul Nizam Mohd Masnan bersamanya); T/n Dzulkifli Jaafar Nizam & Co
Dilaporkan oleh S Barathi