CIVIL PROCEDURE: Appeal - Appellate interference - Whether there was clear error leading to perverse finding or miscarriage of justice - Whether appellate interference warranted
CONTRACT: Agency - Agent - Identity of agent - Whether plaintiff was proper agent of defendant - Defendant dealing with some other party in the defendant's group - Whether agency contract affected by internal arrangement within defendant's group
CONTRACT: Agency - Termination - Verbal agency agreement - Termination after 8 1/2 years - Whether three months' notice of termination reasonable - Whether six months' notice required - Damages for wrongful termination
MERBOK HILIR BHD v. SHEIKH KHALED JASSEM MOHAMMAD JASSEM AL-THANI & OTHER APPEALS
COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA
MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHAMAD ARIFF YUSOF JCA
[CIVIL APPEALS NO: P-02-1153-05-2012, P-02(IM)-876-04-2012, P-02(IM)-877-04-2012 & P-02(IM)-2678-10-2011]
8 MAY 2013
The plaintiff/respondent (`Petroserv') was appointed, sometime in 1994, as the sole and exclusive agent for the defendant/appellant (`Merbok') to market the defendant's goods (ie, timber and timber-related products) in the Middle East. The appointment and the terms of the agency were not reduced into writing but were purely verbal. The agreement was entered into with one John Frederick Keen (`JFK') who was at the material time the Manager of Petroserv. The agency which was not for a fixed term was terminated with effect from 1 January 2003, ie, after about 8 1/2 years, when Merbok sent a letter of termination to Petroserv in Dubai. The letter of termination was addressed to "Petroserv-JFK Division". Petroserv requested for more time for it to find alternative suppliers but Merbok refused. Hence, Petroserv initiated legal proceedings against Merbok. The learned Judicial Commissioner (`JC') entered judgment in Petroserv's favour and awarded damages for unpaid commission during the period of notice given as well as damages for wrongful termination of the agency without giving sufficient notice. The JC held that a six months' notice period would have been proper. Since effectively prior notice of three months was given to Petroserv, the damages was calculated on the basis of three months' lost commission. Merbok appealed against this decision. The principal issue in the appeal was whether the notice of termination given was sufficient. The appellant contended that the JC erred in determining that there should be a notice period of six months since the contract here was not a fixed-term contract, and as such, ss. 158 and 159 of the Contracts Act 1950 (`CA50') would not apply. On the issue of locus standi, the appellant claimed that they had dealings only with JFK trading as Petroserv-JFK Division, not with Sheikh Khaled Jassem trading as Petroserv General Trading Establishment. JFK was an employee of Petroserv with the Sheikh being the licence holder under the laws of Dubai.
Held (dismissing appeal with costs)
Per Mohamad Ariff Yusof JCA delivering the judgment of the court:
(1) At all material times, whatever the arrangement between JFK and the plaintiff or the Sheikh, whether legal or illegal, was never the concern of the defendant and whatever arrangement between them did not affect the contract of agency between the plaintiff and defendant. The business arrangement between the plaintiff and JFK was an internal affair of the company which was of no concern to the defendant and could not be a valid ground to vitiate contracts concluded on the effort of Petroserv or JFK. Anyways, Petroserv-JFK Division was part and parcel of the plaintiff. (para 10)
(2) Reasonable notice of termination must still be accorded even though an agency contract was not for a fixed term. What amounts to a reasonable notice is dependent on the facts and circumstances of the particular case; Biing Han Enterprise Sdn Bhd v. Siew Leong (foll). (para 20)
(3) An agency relationship rests on trust and confidence and shares some similarities with the relationship between an employer and employee. Where an agency is contractually for a fixed term, and quite often parties agree on a clear notice period, they should be bound by it. In any event, the period of notice has to be reasonable, and furthermore, a fixed term agency cannot be terminated without sufficient cause, consistent with ss. 157 and 158 of the CA50. Where parties have not expressly agreed upfront on a period of notice and the contract is not for a fixed term, although in most cases of commercial agency it will be of a continuing nature, termination should also be preceded by a reasonable period of notice. (para 22)
(4) The jurisdiction of the Court of Appeal to intervene against a decision of the High Court has to rest on settled principles; the court should only upset a decision of the High Court where there is a clear error leading to a perverse finding or resulting in a miscarriage of justice, particularly where the lower court has decided on the basis of discretion. Where there has been a proper judicial appreciation of the evidence and a correct application of the law and it cannot be said that the learned judge has been plainly wrong, the High Court decision should be respected. (para 23)
(5) The JC had meticulously considered the peculiar circumstances of the case, and was satisfied that a period of six months was a fair and reasonable period for Petroserv to adjust its business after having lost a major part of its income by way of the commissions received from the agency contract with Merbok. The JC came to a correct decision both on the law and the facts which should not be interfered. (para 23)
Bahasa Malaysia Translation Of Headnotes
Plaintif/responden (`Petroserv') telah dilantik, sekitar tahun 1994, sebagai agen mutlak dan eksklusif bagi defendan/perayu (`Merbok') untuk memasarkan barangan defendan (iaitu balak dan bahan berkaitan balak) di Timur Tengah. Perlantikan dan terma-terma agensi tersebut tidak bertulis tetapi hanya secara lisan. Perjanjian tersebut dimasuki dengan seorang yang bernama John Frederick Keen (`JFK') yang pada masa material adalah pengurus Petroserv. Agensi yang bukan untuk terma tetap tersebut dibatalkan berkuatkuasa dari 1 Januari 2003, iaitu, selepas kira-kira 8 1/2 tahun, apabila Merbok menghantar surat pembatalan kepada Petroserv di Dubai. Surat pembatalan tersebut dialamatkan kepada "Petroserv-JFK Division". Petroserv meminta lebih masa untuk mencari pembekal alternatif tetapi Merbok enggan. Maka, Petroserv memulakan prosiding undang-undang terhadap Merbok. Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman (`PK') memasukkan penghakiman memihak kepada Petroserv dan mengawardkan ganti rugi bagi komisyen yang tidak berbayar semasa tempoh notis diberikan dan juga ganti rugi bagi pembatalan salah agensi tersebut tanpa memberikan notis yang mencukupi. PK memutuskan bahawa tempoh notis enam bulan adalah wajar. Memandangkan notis awalan tiga bulan telah diberikan secara efektifnya kepada Petroserv, ganti rugi dikira berdasarkan kerugian komisyen tiga bulan. Merbok merayu terhadap keputusan tersebut. Isu utama dalam rayuan adalah sama ada notis pembatalan yang diberikan adalah mencukupi. Perayu menghujah bahawa PK terkhilaf dalam memutuskan bahawa perlu ada tempoh notis enam bulan kerana kontrak tersebut bukannya suatu kontrak terma tetap, dan oleh demikian, ss. 158 dan 159 Akta Kontrak 1950 (`Akta') tidak terpakai. Atas isu locus standi, perayu menghujah bahawa mereka berurusan hanya dengan JFK yang berniaga sebagai Petroserv-JFK Division, dan bukan dengan Sheikh Khaled Jassem yang berniaga sebagai Petroserv General Trading Establishment. JFK adalah pekerja Petroserv dengan Sheikh sebagai pemegang lesen di bawah undang-undang Dubai.
Diputuskan (menolak rayuan dengan kos)
Oleh Mohamad Ariff Yusof HMR menyampaikan penghakiman mahkamah:
(1) Pada setiap masa material, apa-apa urusan antara JFK dan plaintif atau Sheikh, sama ada sah atau tidak sah, tidak berkaitan dengan defendan dan apa-apa urusan di antara mereka tidak menjejaskan kontrak agensi antara plaintif dan defendan. Urusan perniagaan di antara plaintif dan JFK adalah urusan dalaman syarikat yang tidak berkaitan dengan defendan dan tidak boleh menjadi alasan sah untuk membatalkan kontrak yang dimuktamadkan atas usaha Petroserv atau JFK. Walau apapun, Petroserv-JFK Division adalah sebahagian daripada plaintif.
(2) Notis pembatalan yang munasabah masih perlu diberikan walaupun kontrak agensi tersebut bukan untuk terma yang tetap. Apa yang menjadikan sesuatu notis munasabah bergantung kepada fakta dan hal keadaan sesuatu kes; (Biing Han Enterprise Sdn Bhd v. Siew Leong, diikuti).
(3) Hubungan sesuatu agensi terletak pada kepercayaan dan keyakinan dan berkongsi beberapa persamaan dengan hubungan antara majikan dan pekerja. Apabila sesuatu agensi secara kontrak adalah untuk terma yang tetap dan selalunya pihak-pihak bersetuju atas tempoh notis yang jelas, mereka harus terikat olehnya. Walau bagaimanapun, tempoh notis perlulah munasabah, dan selanjutnya, tempoh agensi yang tetap tidak boleh dibatalkan tanpa alasan yang mencukupi, konsisten dengan ss. 157 dan 158 Akta. Apabila pihak-pihak tidak secara jelas bersetuju mengenai tempoh notis dan kontrak bukan untuk tempoh yang ditetapkan, walaupun dalam kebanyakan kes agensi komersial ia adalah bersifat berterusan, pembatalan seharusnya didahului oleh tempoh notis yang munasabah.
(4) Bidang kuasa Mahkamah Rayuan untuk campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi seharusnya berdasarkan prinsip-prinsip yang matan; mahkamah hanya boleh mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi apabila terdapat kekhilafan yang jelas yang menjurus kepada dapatan yang salah atau mengakibatkan ketidakadilan, khususnya apabila mahkamah bawahan telah memutuskan atas alasan budi bicara. Apabila terdapat penilaian kehakiman terhadap keterangan dan pemakaian betul undang-undang dan ia tidak boleh dikatakan bahawa yang arif hakim jelas khilaf, keputusan Mahkamah Tinggi wajar dihormati.
(5) PK telah mempertimbangkan dengan teliti hal keadaan khusus kes dan berpuas hati bahawa tempoh enam bulan adalah adil dan munasabah untuk Petroserv menyelaraskan perniagaannya selepas kehilangan sebahagian besar pendapatannya melalui komisyen yang diterima daripada kontrak agensi tersebut daripada Merbok. PK mencapai keputusan yang betul kedua-duanya di sisi undang-undang dan fakta yang tidak wajar diganggu.
Case(s) referred to:
American International Assurance Company Ltd v. Koh Yen Bee [2002] 4 CLJ 49 CA (refd)
Biing Han Enterprise Sdn Bhd v. Siew Leong [2011] 4 CLJ 465 CA (foll)
Chan Chow Kian v. International Trading Company [1969] 1 LNS 20 HC (refd)
JK Sayani v. Bright Brothers Pvt Ltd AIR 1980 Mad 162 (refd)
Lonsdale (Trading as Lonsdale Agencies) v. Howard & Hallam Ltd [2007] UKHL 32 (refd)
Martin-Baker Aircraft Co Ltd v. Canada Flight Equipment Ltd [1955] 2 QB 556 (refd)
Sykt Jaya v. Star Publications (M) Bhd [1990] 1 CLJ 155; [1990] 3 CLJ (Rep) 151 HC (refd)
Wong Pa Hock v. American International Assurance Co Ltd & Anor [2002] 2 CLJ 267 HC (refd)
Legislation referred to:
Contracts Act 1950, ss. 157, 158, 159
Evidence Act 1950, s. 114(g)
Rules of the High Court 1980, O. 14A, O. 20 r. 9, O. 33 r. 2
Contracts Act 1872 [Ind], ss. 205, 206
Counsel:
For the appellant - Karin Lim (Shareen Abdul Manan with her); M/s Presgrave & Matthews
For the respondent - Simon Hue Fook Chuan (Goh Chee Hong with him); M/s Simon Hue & Assocs
[Editor's note: For the High Court judgment, please see Sheikh Khaled Jassem Mohammad Jassem Al-Thani v. Merbok Hilir Bhd (No 2) [2013] 1 CLJ 728]
Reported by Amutha Suppayah
ADMINISTRATIVE LAW: Judicial review - Application to quash award of Industrial Court - Dismissal on grounds of insubordination - Failure to comply with order for transfer - Whether order for transfer done in bad faith - Whether transfer detrimental to terms of employment
LABOUR LAW: Industrial Court - Award - Application to quash award of Industrial Court - Failure to comply with order for transfer - Dismissal on grounds of insubordination - Whether order for transfer within applicant's managerial prerogative - Whether Industrial Court committed error of law warranting High Court's interference
NESTLE PRODUCTS SDN BHD v. MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA & ANOR
HIGH COURT MALAYA, PULAU PINANG
ZAKARIA SAM J
[JUDICIAL REVIEW NO: 25-42-03-2012]
10 JUNE 2013
The applicant, by way of judicial review application, sought to challenge the decision of the first respondent (`the Industrial Court') in granting the second respondent backwages and compensation in lieu of reinstatement for being dismissed without just cause or excuse. The second respondent was found guilty by a domestic inquiry due to his refusal to go on transfer from the Penang branch to the Kuantan branch (`the transfer') and was subsequently dismissed on grounds of insubordination. The issues that arose for determination were, inter alia: (i) whether the transfer was done in bad faith; (ii) whether the decision to transfer was within the scope of the applicant's managerial prerogative; (iii) whether the transfer was detrimental to the second respondent's terms of employment; and (iv) whether the Industrial Court had committed an error of law which warranted the High Court's interference.
Held (allowing application with costs):
(1) The applicant had produced evidence that the transfer was for genuine business reasons. There was a need to transfer the second respondent to the Kuantan branch to utilise his experience and develop the branch. For that reason, the act of transferring the second respondent was bona fide and his persistent refusal to comply with the transfer constituted an act of insubordination. Moreover, the second respondent's refusal and failure to comply with the applicant's transfer was a wilful disobedience to a lawful and reasonable order. (paras 17, 19, 27 & 40)
(2) There was no obligation on the part of an employer to consult an employee prior to his transfer. Although an employee who is dissatisfied with the transfer order may lodge an appeal, such an action by itself does not negate the transfer order and excuse the employee from complying with the order. Hence, the decision to transfer the second respondent was well within the scope of the applicant's managerial prerogative. (paras 22, 25 & 38 )
(3) The findings of the Industrial Court that the transfer was detrimental to the second respondent's terms and conditions of employment were without basis since it had nothing to do with the second respondent's terms and conditions of employment with the applicant. It is inevitable that some inconvenience may be caused when one is required to move from one place to another. Entailed inconvenience is a normal consequence of any relocation as long as no proof of mala fide or improper motive is shown (Loh Siew Kim v. Menteri Sumber Manusia Malaysia & Anor; refd). (paras 11, 32, 33 & 34)
(4) The Industrial Court had arrived at erroneous findings or acted on evidence which had no probative value and had not relied on material documents and evidence adduced before it. It had committed several errors of fact and law which warranted interference. It had failed, inter alia, to apply the correct principles of industrial law and jurisprudence, had applied the wrong tests and had taken into account irrelevant considerations. Hence, the award of the Industrial Court was irrational in the Wednesbury's sense. (paras 37 & 42)
Case(s) referred to:
Afizah Yaakob v. Cosmopoint Sdn Bhd [2009] 3 ILR 653 (refd)
Aik Ming (M) Sdn Bhd & 8 Ors v. Chang Ching Chuen & 3 Ors & Another Case [1995] 3 CLJ 639 CA (refd)
Balakrishnan Krishnasamy v. Western Digital (M) Sdn Bhd & Anor [1999] 1 LNS 282 HC (refd)
Booi Kim Lee v. Menteri Sumber Manusia, Malaysia & Anor [1999] 4 CLJ 121 HC (refd)
Chan Sow Lan v. Jurutera Konsultant (Semenanjung) Sdn Bhd [2011] 2 LNS 1563 (refd)
Chinniah Sundram v. Pioneer Sun-Mix (SMC) Sdn Bhd [2009] 2 LNS 1293 (refd)
George Town Holdings Berhad v. Chan Wang Tak [1997] 3 ILR 935 (refd)
Harianto Effendy Zakaria & Ors v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2011] 5 CLJ 188 HC (refd)
Ikeda IOM Holdings (M) Sdn Bhd v. Gan Poh Jin [1995] 1 ILR 297 (refd)
Ladang Holyrood v. Ayasamy Manikam & Ors [2004] 2 CLJ 697 CA (refd)
Loh Siew Kim v. Menteri Sumber Manusia Malaysia & Anor [2010] 1 LNS 558 HC (refd)
Malaysia Airports Bhd v. Abdillah Bujang & Anor [2000] 2 ILR 65 (refd)
Pan Global Textiles Bhd Pulau Pinang v. Ang Beng Teik [2002] 1 CLJ 181 FC (refd)
Ranjit Kaur S Gopal Singh v. Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 8 CLJ 629 FC (refd)
Saiful Bahari Abdul Rashid v. Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd [2012] 2 LNS 0324 (refd)
Selvarani M Narayanasamy v. Nittsu Transport Service (M) Sdn Bhd [2009] 4 ILR 524 (refd)
Shahabudin Abdul Rashid v. Talasco Insurance Sdn Bhd [2004] 4 CLJ 514 CA (refd)
Shanker Kanavel v. Sun Media Corporation [2003] 3 ILR 141 (refd)
Tenaga Insurance Bhd v. Chea Lee Sang [2002] 2 ILR 154 (refd)
TN Machinery & Equipment (KL) Sdn Bhd & Ors v. Choong Loong Wun [2011] 2 LNS 1600 (refd)
Legislation referred to:
Industrial Relations Act 1967, s. 13
Counsel:
For the applicants - Lim Heng Sang; M/s Lee Hishamuddin Allen & Gledhill
For the 2nd respondent - P Jeevaretnam; M/s Jeevaretnam & Co
Reported by Shah Saharudin
UNDANG-UNDANG JENAYAH: Kanun Keseksaan - Seksyen 376(2) - Mangsa dirogol di dalam tandas - Sama ada keterangan mangsa diterima walaupun tanpa keterangan sokongan - Sama ada pembelaan tertuduh merupakan rekaan semata-mata - Sama ada tertuduh disabit dengan jenayah seksual lain - Sama ada hukuman bersifat pencegahan sepatutnya dijatuhkan - Tertuduh seorang banduan semasa hukuman bagi kes ini dijatuhkan - Sama ada s. 292(1) Kanun Tatacara Jenayah terpakai - Sama ada hukuman kes ini berjalan secara berturutan dengan kesemua hukuman yang terdahulu
KETERANGAN: Sokongan - Rogol - Mangsa dirogol di dalam tandas - Tiada keterangan sokongan - Sama ada keterangan mangsa adalah sangat-sangat meyakinkan dan tiada sebab untuk meraguinya - Sama ada keterangan mangsa konsisten - Sama ada mangsa dapat mengecam tertuduh semasa kawad cam - Sama ada tertuduh disabit atas kesalahan - Kanun Keseksaan, s. 376(2)
PROSEDUR JENAYAH: Hukuman - Berturutan atau serentak - Rogol - Tertuduh seorang banduan semasa hukuman kes ini dijatuhkan - Sama ada s. 292(1) Kanun Tatacara Jenayah terpakai - Sama ada hukuman yang dijatuhkan atas tertuduh sebelum kes ini berlaku dalam transaksi berlainan dengan kesalahan dalam kes ini - Sama ada hukuman kes ini berjalan secara berturutan dengan kesemua hukuman yang terdahulu
PP lwn. AMRAN CHE JAAFAR [2013] 2 SMC 44
MAHKAMAH SESYEN, KOTA BHARU
AZMAN MUSTAPHA HS
[KES JENAYAH NO: SKB(A)62-37-06-2012]
29 APRIL 2013
Tertuduh (`OKT') telah dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 376(2) Kanun Keseksaan kerana merogol SP4 yang berusia 23 tahun dan pada masa yang sama, mendatangkan ketakutan kematian kepada perempuan tersebut. Kejadian ini berlaku di dalam tandas sebuah asrama di mana semasa SP4 membuka pintu tandas untuk keluar, OKT telah mengacukan pisau ke leher SP4 dan menolaknya ke dalam tandas lalu merogolnya. Menurut SP4, beliau dapat mengenalpasti OKT sebagai orang yang merogolnya kerana SP4 berada lama bersama OKT pada masa kejadian. SP3, seorang pegawai perubatan, telah menjumpai kesan koyakan yang berusia kurang dari 72 jam pada selaput dara SP4 yang mencadangkan kemasukan benda tumpul termasuk kemaluan lelaki ke dalam kemaluan SP4. Di antara perkara-perkara yang dibangkitkan di sini untuk pertimbangan adalah: (i) sama ada terdapat keterangan sokongan kepada dakwaan SP4; dan (ii) sama ada keterangan SP4 adalah sangat-sangat meyakinkan.
Diputuskan (mensabitkan OKT dengan hukuman 20 tahun penjara dan sepuluh sebatan rotan):
(1) Keterangan sokongan tidak diperlukan sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa keterangan mangsa tentang kejadian adalah sangat-sangat meyakinkan ("overwhelmingly convincing"). (perenggan 8)
(2) Fakta dalam kes PP v. Jamal Sahmad & Anor dan Zainal Ibrahim v. PP menunjukkan keterangan mangsa atau pengadu tidak boleh dianggap sebagai sangat-sangat meyakinkan sekiranya keterangan tersebut tidak masuk akal, atau jika terdapat percanggahan yang ketara dengan keterangan lain atau sekiranya terdapat keterangan bahawa mangsa pernah berbohong sebelum itu. Sebaliknya, ianya tidak berlaku dalam kes ini. Keterangan SP4 adalah konsisten baik semasa pemeriksaan utama mahupun semasa pemeriksaan balas. Tambahan, SP4 telah menjawab dengan tenang dan tanpa ragu-ragu semasa beliau diperiksa balas oleh OKT. (perenggan 9-11)
(3) Pengecaman yang dibuat oleh SP4 ke atas OKT adalah baik. SP4 telah melihat OKT dua kali pada hari kejadian. SP4 juga duduk berdepan dengan OKT semasa kejadian. Lanjutan daripada itu, SP4 telah dapat mengecam OKT semasa perbarisan kawad cam yang diadakan kira-kira satu tahun sepuluh bulan selepas kejadian, iaitu setelah OKT ditangkap. Ini mencadangkan bahawa SP4 memang dapat mengingati muka orang yang merogol beliau. (perenggan 13)
(4) Mutu dan konsistensi keterangan yang diberikan oleh SP4 dan "demeanour" beliau semasa memberi keterangan menunjukkan bahawa keterangan beliau adalah sangat-sangat meyakinkan dan tiada sebab untuk meraguinya. Tidak ada keterangan yang mencadangkan bahawa SP4 mengenali OKT secara peribadi dan mempunyai sebab untuk menganiaya beliau. Tambahan, keterangan SP4, apabila dibaca bersama keterangan SP3, adalah cukup bagi mewujudkan satu kes prima facie mengikut standard yang digariskan dalam Balachandran v. PP. (perenggan 12 & 14)
(5) Keterangan OKT tidak dapat dipercayai kerana terlalu terperinci. Semasa siasatan, OKT mungkin boleh mengingati apa yang beliau lakukan dalam tempoh beberapa minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun, mahkamah tidak boleh nampak bagaimana OKT boleh mengingati apa yang beliau lakukan pada satu tarikh yang spesifik yang sudah berlalu lebih daripada satu tahun sembilan bulan sebelumnya. OKT tidak merujuk kepada apa-apa catatan atau diari bagi membantu ingatannya semasa memberi keterangan. Maka, pembelaan OKT, yang merupakan rekaan semata-mata, telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. (perenggan 16-18)
(6) Ketika OKT disabitkan dengan kes ini, beliau merupakan seorang banduan yang sedang menjalani hukuman bagi beberapa kes lain. Daripada kes-kes tersebut, tiga daripadanya merupakan kes seksual dan ini menunjukkan bahawa OKT merupakan seorang penjenayah seksual yang tegar. Adalah dalam kepentingan awam supaya hukuman yang bersifat pencegahan atau "deterrent" dijatuhkan ke atasnya.
(perenggan 19 & 21)
(7) Memandangkan OKT adalah seorang banduan semasa hukuman bagi kes ini dijatuhkan, maka s. 292(1) Kanun Tatacara Jenayah adalah terpakai. Seksyen 292(1) memperuntukkan supaya hukuman bagi kes ini mula berjalan sama ada daripada tarikh ianya dijatuhkan ataupun tarikh selepas hukuman yang sedang dijalani oleh OKT tamat. Jika hukuman bagi kes ini mula berjalan selepas hukuman yang sedang dijalani oleh OKT itu tamat, ia bermakna hukuman bagi kes ini akan berjalan secara berturutan dengan kesemua hukuman yang terdahulu itu. Sebaliknya, jika ia mula berjalan pada tarikh hukuman dijatuhkan, ia bermakna hukuman bagi kes ini akan berjalan secara serentak dengan sebahagian daripada hukuman yang terdahulu. (perenggan 22)
(8) Tiada mana-mana dalam siasatan pegawai penyiasat kes ini yang menunjukkan bahawa OKT telah, antara lain, merogol atau mencabul orang lain atau mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dalam transaksi yang sama dengan kejadian rogol terhadap SP4. Adalah jelas bahawa kesemua kesalahan di mana OKT telah dijatuhkan hukuman sebelum kes ini telah berlaku dalam transaksi yang berlainan dengan kesalahan dalam kes ini. Oleh itu, hukuman bagi kes ini berjalan secara berturutan dengan kesemua hukuman yang terdahulu tersebut. (perenggan 24)
Kes-kes yang dirujuk:
Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 FC (dirujuk)
Din v. PP [1964] 1 LNS 33 FC (dirujuk)
Nordin Atan & Anor v. PP [2000] 5 CLJ 334 HC (dirujuk)
PP v. Jafa Daud [1981] 1 LNS 28 (dirujuk)
PP v. Jamal Sahmad & Anor [2006] 8 CLJ 428 HC (dibezakan)
PP v. Yap Huat Heng [1986] 1 CLJ 81; [1986] CLJ (Rep) 645 HC (dirujuk)
Zainal Ibrahim v. PP [2010] 3 CLJ 1018 HC (dibezakan)
Perundangan yang dirujuk:
Criminal Procedure Code, s. 292(1)
Penal Code, ss. 324, 354, 376(2), 392, 450, 451
Sumber-sumber yang dirujuk:
Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes, 25th edn, ms 1847-1848
Kaunsel:
Bagi pihak pendakwaan - Nor Hamizah Ghazali (Mohamad Hafiz Abd Rahman bersamanya); TPR
Bagi pihak tertuduh - Hadir sendiri
Dilaporkan oleh Kumitha Abd Majid